BACKPACKING DI HONG KONG 2018






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alright, kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman bercuti atau berbackpacking ke Hong Kong selama 2 malam, 2 hari.
    



Tarikh aku pergi kali ini adalah pada 20 April hingga 22 April 2018 iaitu Hari Jumaat - Ahad


Harga flight ticket: RM383 return ticket (RM183 pergi, RM200 balik). Aku beli tiket masa promo AirAsia March 2018

Day 1,

So kali ni aku pergi dengan member yang kebetulan nak join trip ni. Memandangkan flight adalah pada pukul 4:30pm hari Jumaat, aku apply cuti setengah hari pada hari Jumaat. So after lunchtime terus aku mintak excuse dekat Boss dan bergerak ke Airport KLIA. Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan, aku decide untuk Park kereta di Putrajaya Sentral dan naik KLIA Transit ke KLIA2. Harga parking di Putrajaya Sentral untuk 3 hari ialah RM20 je dan hanya boleh pakai Touch N Go ya. No more cash. Tiket tren dari situ ke KLIA2 pulak hanyalah RM9.40 seorang.





Setibanya di KLIA2, kami proceed ke Boat Noodle untuk lunch duluuuu...

Lepas tu, teruslah ke Kaunter Imigresen dan Boarding flight AK130 ke HKG! Yeahhhhh!


~ ~ ~
Flight mengambil masa lebih kurang 4 jam. So kami tiba di Hong Kong International Airport pada jam 8:30PM. Waktu Hong Kong dan Malaysia adalah sama. So tak perlu nak set jam bagai.


Arrival/Boarding Gate
Dalam aerotrain ke Main Terminal


HKIA ni besar. Dia ada dua terminal. So AirAsia akan park dekat T2. Untuk pergi ke main terminal, kenalah naik aerotrain dia. Kalau arrival takde masalah la sebab kita tak rushing. Tapi perlu ingat, time nak balik Malaysia dari HKIA nanti, kena datang at least sejam setengah awal sebab kena naik aerotrain, kena jalan sikit, lepas imigresen, lepas custom, etc. U have been warned!














~ ~ ~ ~ ~

Selingan:



HKIA sekarang sedang menjalani proses upgrade. Landasan ketiga sedang dalam pembinaan dan juga terminal baru. Lagi 3-4 tahun siaplah tu. Cara pembinaan landasan baru ni menarik juga sebab mereka tambak laut 24jam sehari semalam tapi pada masa yang sama perlu menjaga ekosistem laut termasuk pencemaran dalam laut dan keselamatan dolphin di sekitarnya.
~ ~ ~ ~ ~

Untuk masuk ke HK tak perlu visa. Imigresen mereka takkan cop passport kita tapi kita diberikan kertas kecil sebagai slip membenarkan kita berada di HK. JANGAN HILANGKAN SLIP INI! SIMPAN SEHINGGA ANDA NAK KELUAR DARI HONG KONG NANTI!

Ok lepas je dapat pelepasan imigresen, terus ke arrival hall dan aku proceed ke kaunter A13 untuk ambil SIMcard 4G dan OctopusCard yang aku dah booking dari Malaysia. OctopusCard aku beli dengan harga RM50 dari klook.com (dalam tu dah ada $HK 50 value) dan SIMcard juga aku beli dari klook.com dengan harga RM23 untuk 1.5GB 4G speed valid selama 5 hari. Just tunjuk kita punya proof of purchase, nanti kaunter tu akan bagi SIMcard baru, boleh terus pakai sebab dia dah activatekan.


Satu Octopus Card RM48 (ada HK$50 dekat dalam tu)

Harga untuk satu SIM Card. Boleh pilih nak 4G ke 3G.
Dah dapat SIMcard dan Octopus, kami berjalan ke "MAINLAND TRANSPORT CENTRE" untuk naik Bas ke hotel di Tsim Sha Tsui (TST) So dari sini kita akan mula pakai currency Hong Kong Dollar ($HK). Senang je kalau nak compare $HK dengan RM.


(Just bahagikan nilai $HK dengan separuh, anda boleh estimate berapa harganya dalam Ringgit Malaysia. Contohnya kalau Air Mineral di HK $6 (botol 700ml), so maknanya RM3.
Kalau harga ice cream Cornetto HK $20, maknanya RM10 sebiji.)



Kami naik bus A21 untuk ke TST. Bus memang ada setiap 10minit. Tambang hanya $HK33.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25min ke TST.

Dalam bus juga ada high speed free WiFi tau.

 
Bus A21, double decker bus dengan Free WiFi dan kekerapan setiap 10-15minit

En route towards Tsim Sha Tsui from HKIA

Ok, so sampai di area Chungking Mansion (CKM) di Nathan Road, kami turun bas.
Memang bas berhenti betul betul depan CKM.


CKM ni memang infamous dengan hotel budgetnya. Memang kebanyakkan hotel murah di agoda, trivago, booking.com menunjukkan bilik bajet terletak dalam CKM ni. Kebanyakkan review bilik bajet ni pulak sangat teruk, mostly negative feedback. Ade kes dimana biliknya kotor, pengusaha hotel secara tiba tiba membatalkan booking pelanggan dengan niat nak offer pelanggan dengan bilik lain dengan harga yang jauh lebih mahal, scam scam dan scam.





Jadi, aku dah research dan terjumpa satu hotel di Booking.com. Harganya hanya RM145/malam, reviewnya mostly positive feedback dan namanya Aashiana Hotel. So dengan kecekalan hati supaya tak ditipu, aku ambil risiko dan booking hotel ni. Ia terletak di tingkat paling atas iaitu Level 16, Blok B, CKM.

CKM ni setiap blok ada 2 lif je tau. Satu lif muat 6orang j maksimum.

Lif A hanya pergi tingkat nombor genap (4,6,8,10,12,14,16).

Lif B pergi tingkat nombor ganjil (5,7,9,11,13,15).


Ada masa masa yang nak naik lif ni kena beratur panjang sebab kapasiti lif kecik.

Di tingkat 16, kami nampak ade 3 nama hotel. Nama Aashiana Hotel takde! Tapi ada nama Asia Inn Hotel. Aku ada baca dalam booking.com yang hotel-hotel bajet ni sering tukar nama di website sebab bila diaorang dapat banyak negative review, mereka akan tukar nama hotel tu.



So kami ke reception counter. Syukur Alhamdulillah. Nama aku ada dalam senarai reservation. Dapat kunci kemudian terus ke bilik kami.
 
Inilah bilik yang paling kecil pernah aku diami. Memang muat untuk dua orang je.
Nasib baik bilik air attached dengan bilik. Ada aircond dan kipas dalam bilik.
Beg backpack pun tak muat nak letak dalam bilik tu so kami letak bawah katil.

_________________________________________________________________________

Day 2,


Kami bangun jam 8pagi. Kami keluarkan Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia yang kami beli dalam flight malam tadi, panaskan guna microwave yang hotel sediakan dan makan sebagai sarapan kami!
RM10 je dah dapat makan Nasi Lemak dekat Hong Kong. Jimat kan? Hehehe.
Okay. Dah mandi, Dah pakai cantik cantik.
Pakai sweatpants dan sports shoes sebab hari ni ada plan nak hiking.

Kami terus berjalan kaki ke Star Ferry jetty dari hotel. Lebih kurang 700m je dari hotel. Memang dekat.


Star Ferry ni ialah feri dari area tanah besar untuk ke Hong Kong Island.
Hong Kong ni konsepnya seakan Pulau Pinang dekat Malaysia.

Dimana, bandarayanya (Central) terletak di Hong Kong Island

sama seperti Georgetown di Penang Island.



Naik ferry cuma $HK3.6 per trip. Setiap 10min ada satu ferry. So efficient.

Bukan macam Penang yang setiap 45min baru ada satu feri!

Star Ferry of Hong Kong



Feri sampai di jeti HK Island, kami berjalan melalui pedestrian bridge ke arah MTR Central Station. Di situ kami masuk ke IFC Tower iaitu International Financial Centre, Hong Kong kerana kami mahu ke Muzium HKMA (Hong Kong Monetary Authority). HKMA ialah badan berkuasa yang berperanan mengawal matawang Hong Kong Dollar sama seperti fungsi Bank Negara Malaysia.

Tiada bayaran dikenakan untuk ke Muzium ini tetapi pengunjung perlu menunujukkan Passport masing-masing untuk pendaftaran.


Muzium ini terletak di tingkat 55 menara ini. Dari aras ini kita dapat lihat pemandangan kota Hong Kong secara percuma sambil mempelajari sejarah Hong Kong dan bagaimana Hong Kong boleh menjadi sebuah pusat kewangan yang terkemuka di persada antarabangsa.

Menara yang paling tinggi itulah IFC Tower
 
View dari HKMA Museum. Cantik dan tak perlu bayar!



Antara info yang aku dapat melalui lawatan ini ialah, selain HKMA, terdapat 3 bank lain yang diberikan hak untuk mencetak wang dollar Hong Kong
iaitu HSBC Bank, Standard Chartered Bank dan Bank of China. Jadi anda yang minat mengumpul wang boleh la cuba cari 4 jenis

wang kertas yang dicetak dari ketiga-tiga bank dan HKMA sendiri.


Setelah itu kami turun semula dari IFC tower. Kami naik MTR ke Causeway Bay Station.
Dari Causeway Bay, kami berjalan kaki ke Islamic Canteen Centre. Di situ ada masjid
dan di tingkat 5 ialah Restoran Dimsum Halal.

Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Near Causeway Bay MTR Station

Halal Dimsum

Datang ke HK memang wajib makan DimSum dia. Kami order 4 jenis dimsum dan sepinggan nasi goreng. Portion Nasi Goreng sangatlah banyak dan sesuai di makan untuk 2 orang.

Untuk comparison Dimsum HK dengan Dolly Dimsum di KL, rasa Dimsum HK agak plain tapi sangat besar.
Satu Dimsum HK kena gigit 3 kali, berbanding Dimsum KL yang satu ngap je dah boleh abis.

So, average spend untuk lunch di sini ialah HK$70 seorang.



So lepas lunch, kami berjalan balik ke MTR station untuk ke MTR Tai Koo. Kemudian kami berjalan kaki ke Yick Fat Building (YFB). YFB ni ialah sebuah pangsapuri awam yang famous dikalangan instagrammer. Sebab apa? Ha tengoklah sendiri gambar dekat bawah ni. Haha.

Cantik kan?
Ramai pulak yang ambil gambar dekat sini.
Kemudian dari MTR Tai Koo kami ke MTR Admiralty untuk ke Hong Kong Park. Hong Kong Park ni macam Taman KLCC juga. Kehijauan dalam bandar yang dikelilingi bangunan bangunan tinggi.

Rasa tenang sikit lah walaupun ramai orang. Dekat je dengan Bank of China Tower yang ikonik.


Icon of Hong Kong
Sekitar jam 3:15PM, kami berjalan ke MTR Central (lebih kurang 500m) sebab nak naik ke Victoria Peak. Aku beli tiket Peak Trammelalui klook.com

Harga Peak Tram dari Klook.com 


Seperti yang telah dimaklumkan oleh KLOOK.COM dalam email bahawa untuk ke Peak Tram, kami perlu berkumpul di Exit K, MTR Central Station dan tunggu tour guide di situ. Waktu temujanji kami ialah jam 3:30PM. Sampai saja di Exit K, kami bertemu dengan tour guide dan beberapa pelancong lain yang dah beli tiket melalui Klook juga. Istimewanya klook.com ini ialah, kami dapat naik Peak Tram dengan express queue. Maknanya tak perlu beratur panjang untuk naik tram. Sangat berbaloi. Masa menunggu hanya 20minit sebelum kami dapat naik tram. Kalau tak ada express lane ni, mungkin kami kena beratur sekurangnya 90minit untuk naik tram ni. Victoria Peak ni konsep seakan sama dengan Bukit Bendera, Penang. Ada tram untuk naik ke atas, dari puncak tengok pemandangan bandaraya. Sebijik beb!


Sampai di puncak, kami naik ke SkyTerrace 428. Tiket yang kami beli memang dah termasuk dengan admission ke SkyTerrace ni. Boleh ambil gambar pemandangan Hong Kong dari sini. Cantik, tapi sangat ramai pelancong di atas ini terutama pelancong China.

This is a very touristy place jadi tak berapa rare lah. Hmmm....








Dari Sky Terrace

Sekitar jam 5PM, kami keluar dari SkyTerrace dan menuju ke Lugard Road untuk......hiking!

This is the best part of this trip. Aku mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. View yang tak ramai orang tahu tapi cantik. Jadi aku buat research dan terjumpa artikel mencadangkan untuk hiking ke Mount High West bagi mendapatkan pemandangan Hong Kong yang luar biasa. Hiking hanya memakan masa 45 minit iaitu 30 minit berjalan dan 15 minit mendaki trek yang bertangga. So, why not?
Muka tengah bersemangat nak hiking
Muka tahan mulut tercungap-cungap sebab penat

 Akhirnya 30 minit sebelum matahari terbenam, kami tiba di Puncak High West! Pemandangan yang sangat cantik, sangat menakjubkan sambil ditiup angin kencang. Aku tak mahu bercakap panjang...lihat sajalah gambar di bawah ni. Hehehe.

Sunset Mount High West








Setelah matahari terbenam, kami turun semula menuju ke Lugard Road untuk naik Tram di Victoria Peak.
Tapi kami ikut jalan lain untuk melengkapkan satu pusingan di puncak Victoria.
Along the route, sekali lagi kami dihidangkan dengan pemandangan Hong Kong Skyline yang cantik dan tak diganggu ramai orang.

Hong Kong Skyline di waktu malam



Selepas turun semula dari Victoria Peak ke MTR Central, kami ke MTR Prince Edward Station dan cari Ma's Restaurant (Halal) untuk makan malam. Aku order Nasi Goreng Seafood sebab memang kena makan nasi juga bila merantau ni. Mee/Mihun tak berapa nak kena dengan tekaklah. Total spend untuk dinner ialah HK$75 seorang.

  
Beef Noodle & Seafood Fried Rice = $70~$90

Ma's Restaurant near Prince Edward MTR Station

Dari Prince Edward MTR, kami ke Mongkok MTR pula untuk ke Ladies Night Market. Tapi malangnya kami tiba lebih kurang jam 10:30PM, dan kedai di Ladies Night Market sudah mula nak tutup. So kami just lalu je nak tengok apa yang dijual dan decide untuk datang semula ke sini esok. Ladies Night Market ni dibuka setiap hari dari jam 1 tengahari hingga 11 malam untuk tempat pelancong mencari barangan cenderahati seperti fridge magnet, beg, telephone accessories, tshirt Hong Kong, etc.



Jadi hari kedua kami akhiri dengan naik MTR dari Mongkok ke MTR Tsim Sha Tsui. Terus ke hotel, mandi dan tidur... Zzzz..Zzzz...

   
Hong Kong Nightlife

________________________________________________________________________
Day 3,

Hari Ketiga: Ahad - 22 April 2018





Kali ni kami bangun lewat sedikit, kami panaskan Nasi Goreng Ayam Brahim's yang kami beli di Malaysia sebagai juadah sarapan kami. Kami breakfast, mandi, packing dan kami check-out. Sambil mendukung backpack yang besar, kami berjalan ke Star Ferry sekali lagi dan naik Ferry ke Central MTR.


Di Central MTR ada disediakan tempat untuk tinggalkan beg untuk sementara. Memandangkan flight kami ialah pada jam 9malam, kami decide untuk tinggalkan

beg di situ dengan charge HK$ 69 untuk 12jam. Jadi mudahlah kami nak bergerak ke hulu hilir Hong Kong sambil bershopping sakan! Yeahhhh..Tak sabarnya. Duit cash banyak lagi ni.



So kami decide untuk ke Causeway Bay sekali lagi sebab Causeway Bay ialah ibarat Bukit Bintang + Jalan TAR dekat KL tu. Banyak mid-end dan high-end shops dekat sini.
Hampir 2 jam kami meronda, tak jumpa barang yang berkenan di hati. Jadi kami berpakat untuk ke Mongkok pula lah sebab di sana ada Ladies Night Market dan banyak mid-end shops.

Alang alang dah berada di Causeway Bay, aku nak merasalah naik Tram Hong Kong. Tram macam di San Francisco ataupun dalam cerita Kung Fu Hustle tu.

Sistem trem ni mudah je rupanya. Kita kena tau dekat mana kita nak turun.

Aku plan nak turun di hentian 64W sebab di situ boleh naik MTR Admiralty untuk ke MTR Mongkok

Tambang pula flat rate iaitu HK$2.40 seorang. Boleh pakai OctopusCard.


Salah satu route untuk Tram

Di tram-stop 64W, kami naik MTR Admiralty ke MTR Mongkok. So di Mongkok kami berjalan lah di sekitarnya untuk shopping. Kami pilih untuk ke Ladies Night Market dulu sebab target nak cari Fridge Magnet Hong Kong untuk kawan kawan dan officemates.

Ladies Night Market near Mongkok MTR


Kami nak 30 keping fridge magnet dengan bajet HK$5 satu. Jalan, singgah, tanya, jalan, singgah, tanya. Jumpa satu gerai ni, dia jual 6 keping magnet dalam 1 pack. So kalau beli 5 pack dapatlah 30 bijik. Asalnya dia offer HK$100 untuk 2 pack. Aku tawar punya tawar punya tawar sampai dia bagi HK$100 untuk 5 pack. Maksudnya sebijik fridge magnet hanya HK$3.30 atau RM1.60. Memang murah sangat dah tu bagi aku sebab kalau kat Melaka, fridge magnet lebih kurang RM2.50 satu. So terus deal la dengan makcik tu. Kekwat sikit makcik jual magnet ni tapi lantaklah. Asalkan aku dapat apa aku nak, dia dapat apa dia nak. Settle.


Kemudian, kami teruskan berjalan dan bershopping di Mongkok sampai melecet kaki ni.

Aku datang ke Hong Kong dengan niat nak beli Film Camera. Dah buat research melalui Instagram, YouTube dan Google.

So aku decide nak beli Camera Minolta X-700. Ada satu IG shop dekat Hong Kong yang aku jumpa jual kamera ni. SHOWA Camera (instagram account @showa_f). Dia ada 2 cawangan kedai iaitu Causeway Bay dan Mongkok. So aku decide untuk beli dekat Mongkok. Rasa macam dalam syurga kamera sebab ada banyak kamera vintage yang dijual di kedai ni. Kedai ni memang jual kamera yang dah refurbished, dah repair sekali dengan filem kodak, fujifilm, portra, etc. Kedai ni juga ada service cuci gambar.


  



 


Bergambar dengan kamera baru!


So lepas dah happy dapat kamera sendiri, kami pun berehat seketika di J.CO Donuts dekat Mongkok. Order donut 3 biji, air Taro Frappucino. Kaki dah penat, berjalan ke sana ke mari.



Hampir masuk jam 6 petang, kami pun naik semula MTR untuk ke Kowloon Public Pier berhampiran Star Ferry Jetty di MTR Tsim Sha Tsui. Tujuannya ialah untuk menikmati sunset di Bandaraya Hong Kong sebelum balik ke Malaysia. Tapi seperti dijangka, cuaca di Hong Kong tidak mengizinkan.


Dari Star Ferry

Jerebu melitupi kota Hong Kong. Cahaya jingga mentari senja samar samar tidak menyinari bumi Hong Kong. Sedikit hampa, kami naik feri untuk ke Hong Kong Island semula.


Tiba di Hong Kong Jetty, kami terus melangkah kaki ke MTR Central Station untuk ambil semula backpack yang telah kami titipkan tengah hari tadi.

Hong Kong Apple Store




Dengan bayaran HK$69 kami hulurkan dan terus bergerak ke Station Airport Express Hong Kong di aras bawah MTR Central.

Perjalanan menaiki Airport Express dari Hong Kong Station ke HKIA hanya mengambil masa 24minit. Tiket tren sudah kami beli melalui klook.com dengan harga RM40 sehala untuk seorang.

Kami tiba di HKIA jam 7:30malam, terus ke gerbang imigresen, kastam dan naik Aerotrain ke Terminal 2.

Jam 8:50PM pesawat kami sedia untuk dinaiki. Jam 9:00PM tepat, penerbangan AirAsia 131 ke Kuala Lumpur berlepas meninggalkan kota Hong Kong.


Begitulah cerita pengalaman aku di Hong Kong. Meskipun hanya membelanjakan masa dua hari penuh di sana, banyak aktiviti dan suasana yang dapat aku nikmati.
Ramai yang bertanya, mengapa aku tidak ke Hong Kong Disneyland. Jawapan aku ialah, harga tiket Disneyland agak mahal (RM300+ jika tak silap). Lagipun aku menyimpan

angan-angan untuk ke Disneyland/Disneysea di Jepun. Bersama rakan-rakan yang lebih ramai dan lebih meriah.

Kesimpulannya, apa yang aku boleh ringkaskan tentang Hong Kong?




The GOOD:
  • Cuaca di Hong Kong berangin dan angin bertiup sentiasa. Lokasinya yang menghadap laut lepas sememangnya membuatkan kota
  • Hong Kong mudah terdedah kepada bayu laut dan kadang kala sehingga menyebakan ribut taufan.
  • Orang Hong Kong agak peramah dan tidak prejudis terhadap Muslim mahupun orang luar. Rakyat Hong Kong bertutur dalam dialek Cantonese, bukan Mandarin. Jadi jika anda seorang yang mahir berbahasa mandarin, jangan gunakan di sini. Ia tidak akan membantu!
  • Sistem Pengangkutan Awam Hong Kong adalah antara yang paling tepat dan efisien. Bukan sahaja sistem MTR mereka yang bagus malah bas awam mereka mempunyai kekerapan yang tinggi dan akan datang dan berlepas tepat pada waktu yang ditetapkan. Hanya menggunakan OctopusCard, anda boleh naik Bas, naik Tram, naik Teksi, naik Feri, naik MTR dan juga bayar makanan di kedai kedai tertentu.

The BAD:
  • Harga bilik hotel agak mahal. Untuk bilik budget puratanya sekitar RM150-RM200 semalam.
  • Banyak berjalan, berjalan dan berjalan. Hong Kong is a walkable city. Jika anda masih muda dan stamina masih tinggi, ia bukan masalah.
  • Namun jika anda datang bercuti bersama keluarga dan orang tua, ia akan mengambil masa yang lama untuk ke sesuatu destinasi.
  • Harga beberapa produk di HongKong sebagai perbandingan:
    • Ice-cream Cornetto HK$20 = RM10
    • Nasi Goreng Biasa HK$80 = RM40
    • Air Mineral botol kecil HK$6 = RM3





Comments

Popular posts from this blog

WISATA DI JOGJAKARTA.

BERCUTI DI KUCHING (2018)