Posts

Showing posts from February, 2018

BERCUTI DI KUCHING (2018)

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini aku akan bercerita tentang percutian 3 Hari 2 Malam aku ke KUCHING, Sarawak dengan bajet RM650 all-in! Sebelum mulakan trip, aku beli tiket flight KLIA2 ke Kuching dengan AirAsia : RM79 pergi + RM79 balik = Total RM158 Aku booking hotel di Tune Hotel Waterfront Kuching untuk dua malam = RM168 melalui booking.com Siap dengan breakfast dan private bathroom. Aircond pun ada, TV pun ada. Kalau nak WiFi, kena bayar RM12 sehari atau 24jam. TuneHotel Kuching ni betul betul di depan Hilton Hotel. Memang entrance Hilton dan entrance TuneHotel berhadapan satu sama lain. So tak susah untuk Grab/Uber driver nak datang ke sini untuk ambil penumpang. Flight AK5232 from KUL to KCH Hari Pertama - 30 Januari 2018 Selasa. Aku apply cuti satu hari iaitu pada tarikh ni. Oleh sebab 31 Januari dan 1 Februari adalah cuti umum (Cuti Thaipusam dan Cuti Hari Wilayah), jadi aku putuskan untuk spend 3 hari 2 malam di Kuching, Sarawak. Ok da